top of page
Search

MENJUNJUNG JANJI MENYANJUNG BUDI by Mahaya Mohd Yassin

  • Writer: FATIN AYUNIE BINTI ISA
    FATIN AYUNIE BINTI ISA
  • Sep 10, 2020
  • 1 min read

Updated: Sep 28, 2020

Theme: The Importance In Taking Care Of Our Country

Inilah Warisan Moyang Yang Gah Payah Menerjah Sebelum Pasrah

Dalam Gelombang Tsunami Yang Menggegar Jatidiri

Tekad Dan Hasrat Tidak Mengenal Gugat

Kerana Tunjang Akarnya Kental, Sejati, Teguh Bersemangat

Dan Kejap Memasak Bumi Keramat.

Inilah Pusaka Peribumi Yang Kemilau Dijagat Raya

Dalam Sinar Kerdip Bintang Cakerawala Watan

Penuh Azam Dan Keyakinan Yang Tepu Dan Padu

Pohon Peribadinya Menulang Sekukuh

Paksi Mantap Menjunjung Janji, Telus Menyanjung Budi.

Sedari Dahulu Jejak Diselusur Mewangi Ladang Perkasihan Sejati

Salasilah Diukir Mengarca Diri Di Samudera Kejelikan Suci

Demi Tugas Dan Tanggungajwab Setia Menyebati Atma

Dari Perlis Ke Sabah Sumpah Setia Bergema!

Kini Kekal Kegemilangan Bertakhta Di Tiara Unggul

Pucuk Hayatnya Mencecah Jagat Sukma Jaya

Penuh Kesetiaan Murni Sesuci Doa Pertiwi

Berdaulat Dan Berhikmah, Bermartabat Dan Beramanah.

Inilah Generasi Yang Menyerlahkan Bakti Luhur

Inilah Jua Pelapis Yang Menyerahkan Diri Sekujur

Berhujah Petah Dan Bergeliga, Bermadah Beradab Berbahasa

Demi Maruah Dan Darjat Bangsa Cendekia.

Inilah Barisan Peninggalan Pemugar Tamadun Bersusila

Memacu Ilmu Pusaka Takma Perpaduan Nusa

Melakar Amat Telus Mengabadi Dari Lubuk Nurani

Berpekerti Murni Demi Membenteng Kerakusan Nafsi.

Inilah Wira Dan Srikandi Yang Terang Hatinya Berfikiran Cerdas

Yang Kaya Ilmunya Berpengetahuan Luas

Yang Panjang Akalnya Berbicara Molek

Negeri Tercinta Dimakmurkan, Masyarakat Tersayang Dididik.

Keranamu Malaysia, Semerah Darah Nadi Ikrar Ini

Kami Hidup Sekali Biar Berjasa, Biar Berbudi!





 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2020 by hieverything. Proudly created with Wix.com

bottom of page